Ayam Gunting Terbaik Johor

August 11, 2022 by No Comments

Dengar je ayam gunting, terus kecur air liur Cik Min ni haaa … Lagi terliur kalau ayam gunting tu bercheese, rangup dan berisi tebal. Fuhhh, memang layan! Tapi kalau bab ayam gunting ni, ada satu jenama je yang paling Cik Min percaya. Pada Cik Min, dialah port ayam gunting terbaik dekat Johor ni tau!

Warga Johor nak tahu tak siapa yang Cik Min Maksudkan ni? Yup, tak lain tak bukan, memang ABIM BEST la jawapannya. Banyak kali dah Cik Min kongsikan tentang mereka ni. Anda boleh baca di sini.

Tapi sebelum tu, marilah baca perkongsian Cik Min pada kali ini terlebih dahulu tentang Abim Best, port ayam gunting yang terbaik di Johor. Ada perkara menarik menanti anda di penghujung nanti tau! Stay tuned.

Apa Lagi yang Ada di Abim Best? | Ayam Gunting Terbaik Johor

Kalau anda teringin nak rasa kesemua produk daripada Abim Best, kenalah singgah ke kiosk mereka okay! Memang berbaloi sangat kalau beli dengan Abim Best ni. Bukan setakat ayam gunting je yang ada, terdapat banyak lagi pilihan makanan dengan harga yang berbaloi untuk anda semua.

Antara produk-produk Abim Best adalah seperti berikut:

  • 🍗 Ayam gunting (RM10)
  • 🍗 Sotong raja (RM16)
  • 🍗 Sosej cheese (RM2 – RM5)
  • 🍗 Ayam fillet (RM2)
  • 🍗 Mozzarella Chicken Bomb (RM8)

“Eh apa pula tu Mozzarella Chicken Bomb, Cik Min?”

Haaa, mesti ramai yang tak pernah dengar tentang Mozarella Chicken Bomb (MCB) ni kan? Memang kebiasaannya, orang jual ayam gunting, sotong dan sosej sahaja. Tapi kalau di Abim Best, memang lain daripada yang lain! Anda boleh lihat gambar di bawah untuk ketahui rupa MCB ni.

Mozarella Chicken Bomb (MCB) ni adalah donat ayam yang berintikan cheese mozarella. Bentuknya yang seperti donat inilah yang menarik perhatian ramai tau! Rasanya pun jangan cakaplah, memang sedappp … Anda ingat, semua donat berperisa manis aje ke? Haaa, donat berperisa ayam dan cheese pun ada ya. Paling penting, ia hanya boleh didapati di Abim Best.

Sedikit info tambahan, Abim Best turut menggunakan resipinya yang tersendiri dalam mengolah produk-produk makanan mereka. Bak kata orang, inilah antara rahsia mengapa ayam gunting dan produk-produk Abim Best dilabel sebagai port ayam gunting terbaik di Johor.

Penangan Abim Best di Hati Anak-anak | Ayam Gunting Terbaik Johor

“Mak, adik nak duit lebih sikit boleh? Lepas sekolah nanti, adik nak beli ayam gunting Abim Best.”

Untuk pengetahuan anda, bukan warga remaja dan dewasa sahaja yang gemarkan ayam gunting Abim Best ni. Kanak-kanak sekolah berdekatan kiosk Abim Best pun, memang suka sangat beli dan makan ayam gunting terbaik di Johor ni.

Dari situlah, ramai ibu bapa mula menyedari kewujudan kiosk Abim Best. Kadangkala, penangan kanak-kanak ni lebih hebat tau! Mereka lebih tahu apa yang sedap daripada kita, haha

Ayam Gunting Terbaik Johor
Sumber: Facebook Abim Best

By the way, Cik Min nak beri idea sikit ni. Sangat sesuai untuk ibu bapa yang berkerjaya. Ready untuk take note ya! Mungkin ibu bapa boleh gunakan trick ni pada masa akan datang.

Kita sebagai ibu bapa, adakalanya memang sibuk dengan urusan kerja dan sebagainya. Sampai ada satu masa tu, boleh terlepas pandang jugalah segala perubahan yang berlaku di sekeliling kan? Ada masa tu, sampai terkurang beri perhatian atau reward juga pada anak-anak. Kesian mereka…

Tapi, jangan risau! Kalau anda sedang mencari idea untuk counter semula situasi tersebut, belikan aje ayam gunting ataupun apa-apa produk makanan daripada Abim Best.

Apabila pulang ke rumah nanti, surprisekan mereka dengan makanan yang best-best macam ayam gunting, sosej dan MCB. Kalau nak anak-anak lebih hargai memori sebegini, ibu bapa boleh join makan bersama mereka dan suapkan sekali. Dengan cara ini, anak-anak bukan sekadar kenyang, malahan turut rasa dihargai. InsyaAllah, mereka pasti happy!

Apa yang paling penting ialah, pastikan anda beli ayam gunting terbaik daripada Abim Best Johor, okay? Kalau beli dengan yang lain, takut tak menjadi pula tricknya, hehe...

Abim Best, Port Ayam Gunting Terbaik di Johor yang Wajib Anda Cuba!

Ayam Gunting Terbaik Johor
Sumber: Facebook Abim Best

Petang-petang kalau dah jemu tak tahu nak makan apa, anda singgah aje ke kiosk Abim Best berdekatan tu. Yelah … Dah seharian penat bekerja, balik-balik nak masak apa pun tak ada kudratnya. Kalau nak makan pisang goreng tu semua, macam dah biasa sangatlah pula kan?

Jadi, anda tak perlu fikir panjang dah. Pergi terus ke kiosk Abim Best dan beli setiap satu produk yang mereka jual. Hidangkan terus apabila sampai di rumah sebagai minum petang bersama keluarga. Confirm satu family datang berpusu-pusu ke meja makan tanpa perlu dipanggil.

Apa yang pasti, semua peringkat umur, daripada yang muda ke tua pun boleh makan sekali produk daripada Abim Best ni. Memang patut pun mereka digelar sebagai port ayam gunting terbaik di Johor. Cik Min memang support 100% perniagaan terbaik macam ni!

Peraduan MERDEKA Bersama ABIM BEST!

Berita baik untuk anda semua: ABIM BEST sedang mengadakan peraduan beli dan menang pelbagai hadiah menarik. Pembelian terbanyak, akan menjadi pemenangnya tau!

Jadi, kepada anda yang ingin memenangi hadiah-hadiah tersebut, anda boleh ke mana-mana kiosk ABIM BEST sekarang juga. Peraduan berlangsung bermula 1/8/2022 sehingga 31/8/2022 sahaja! Untuk ketahui cara penyertaan dengan lebih lanjut, tekan di sini.

Jom layari Facebook ABIM BEST dan Instagram ABIM BEST untuk dapatkan update terkini, atau WhatsApp sahaja team Abim Best di talian 016-888 9957 untuk maklumat lanjut.

Sekian sahaja perkongsian Cik Min pada kali ini tentang “Ayam Gunting Terbaik Johor”. Nak baca lebih banyak artikel menarik? Jom layari laman portal Lunastory.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.